Dua pemandu pasukan, Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen berada di pentas bagi memperkenalkan kereta berkenaan bersama Prinsipal Ferrari, Maurizio Arrivabene dan Ketua Pegawai Teknikal, Mattia Binotto.

Kereta SF70H itu lebih merah berbanding jentera tahun lalu. Hanya bahagian sayap depan dan belakang mendapat sentuhan putih, manakala warna bendera Itali - putih, merah serta hijau menghiasi bahagian atas badan kereta.

‘Muncung’ kereta turut dipanjangkan manakala sayapnya berbentuk anak panah, satu perubahan radikal selepas berakhirnya musim 2016.

Ferrari menduduki tangga kedua dalam kejuaraan pengeluar pada 2015 tetapi jatuh ke tempat ketiga tahun lalu dengan 367 mata di belakang juara, Mercedes dan 70 ditinggalkan naib juara, Red Bull. - AGENSI