Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ferrari cabar Mercedes pada hari kedua ujian

KIMI RAIKKONEN
KIMI RAIKKONEN

MONTMELO, Sepanyol 1 Mac – Kimi Raikkonen mengetepikan Lewis Hamilton apabila mencatat masa terpantas pada hari kedua sesi ujian pramusim hari ini, sekali gus memberi isyarat awal bahawa persaingan Formula Satu (F1) musim ini bakal menjadi lebih menarik.

Pemandu Ferrari itu mencatat pusingan terpantas satu minit, 20.960 saat di Litar Catalunya, malah meninggalkan Hamilton dengan kelebihan 0.023s dengan hanya menggunakan tayar yang lebih perlahan untuk mendapatkan daya tahan lebih lama.

Prestasi hebat pemandu Finland itu hadir selepas rakan sepasukannya Sebastian Vettel mencatat masa kedua terpantas di belakang Hamilton pada hari pertama sesi ujian semalam.

Catatan masa sepusingan terus menunjukkan peningkatan selepas pasukan melakukan beberapa ujian terhadap kereta mereka sejak peraturan baharu diper­kenalkan dengan misi utama adalah menguatkan cengkaman serta meningkatkan kelajuan.

Hamilton bagaimanapun membayangkan jentera Mercedes yang dipandunya belum menunjukkan keupayaan sebenar dan bersedia untuk menunjukkan ‘kuasa’ dalam tempoh beberapa hari ini. “Pusingan saya sangat cepat dan kemas.

“Namun, kami tidak meng­­eks­ploi­tasi potensi kereta sepenuh­nya,” katanya. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain