Memetik laporan media Itali, Ketua Eksekutif Ferrari, Sergio Marchionne berkata, pihaknya sedia berbincang dengan pemilik F1, Liberty Media untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah tersebut.

“Jika F1 lebih terarah kepada bahan tontonan berbanding sukan, jika kita ke arah seperti perlumbaan Nascar di Amerika Syarikat (AS), maka kmai (Ferrari) akan meninggalkan F1.

“Jika ada cadangan yang mengganggu F1, saya rasa Ferrari akan meninggalkan sukan ini. Kami sedang bekerjasama de­ngan Liberty Media untuk mencari jalan penyelesaian terbaik,” katanya kepada pemegang saham dalam satu mesyuarat di Amsterdam baru-baru ini.

Liberty Media pada perlumbaan Grand Prix Bahrain ming­gu lepas memperkenalkan lima perkara utama demi masa depan sukan tersebut iaitu kos keseluruhan, mengawal bajet dan pendapatan, struktur baru untuk tadbir urus, peraturan sukan dan teknikal, serta enjin.