“Kami sangat gembira berjaya mencapai persetujuan yang bakal menyaksikan Grand Prix Formula Satu China kekal dalam kalendar Kejuaraan Dunia sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.

“Negara hebat ini telah mempersembahan penganjuran yang menarik dan kami yakin ada banyak lagi potensi untuk diterokai di sini.

“Sebab itulah perjanjian yang diperbaharui ini begitu penting sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan kami,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif F1, Chase Carey dalam satu kenyataan hari ini.

Grand Prix China yang membuat penampilan pada September 2004 akan diubah tarik dari 8 April kepada 15 April, tahun depan. - REUTERS