Bekas bos pasukan Honda, Brawn GP dan Mercedes itu dalam rebiu perlumbaan di Melbourne itu berkata, kajian semula tentang perlumbaan F1 amat diperlukan.

“Apabila memikirkan tentang pesaingan tayar ke tayar, cabaran itu sudah tiada lagi. Ini bermakna, sehingga pendekatan untuk menstrukturkan kembali masalah sedia ada, sebarang kemajuan tidak akan dapat dilihat pada ketika ini.

“Salah satu sasaran ialah kita perlu melihat kepada badan induk, FIA dan juga pasukan pada 2021, yang mana kita mahu jentera membenarkan pemandu betul-betul bersaing di antara satu sama lain di atas trek,” katanya.

F1 sedang dalam persediaan bagi melakukan perubahan besar selepas 2020, apabila perjanjian komersial dan teknikal yang telah ditandatangani sebelum ini berakhir.

Brawn, yang memenangi kejuaraan berganda ketika bersama Benetton dan Ferrari selaku Pengarah Teknikal sewaktu zaman dominasi Michael Schumacher berkata, FIA dan F1 telah menjalankan kajian tentang aerodinamik dengan menggunakan model terowong angin serta grafik komputer.

“Kita perlu mengembangkan reka bentuk jentera yang mampu mencapai tahap persembahan yang kita lihat sekarang, tetapi perlumbaan perlulah mengizinkan persaingan tayar ke tayar,” ujar Brawn.

Beberapa pemandu, termasuk juara dunia empat kali, Lewis Hamilton dari Mercedes mengeluh selepas perlumbaan Ahad lalu, betapa sukarnya untuk dia memintas jentera aerodinamik yang mewujudkan ketidakstabilan. – REUTERS