Pasukan berkenaan terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, yang menggelarkan pasukan mereka dengan Maverick Racing, SMK Seksyen 9, Shah Alam (Synchro 9) dan SMKA Johor Bahru (Team Quantum).

Pasukan Maverick Racing dan Synchro 9 masing-masing merupakan juara dan naib juara dalam pertandingan F1 In School peringkat kebangsaan yang diadakan pada tahun lalu.

Manakala, pasukan Team Quantum yang meraih tempat ketiga pada peringkat kebangsaan tahun lalu akan bergabung dengan pasukan dari Kolej Marist, Ireland bagi kategori pasukan gabungan antarabangsa.

Kejohanan antarabangsa yang melibatkan 51 pasukan dari pelbagai sekolah di seluruh negara menguji ketangkasan masa kereta prototaip formula satu yang dihasilkan pelajar serta beberapa kategori lain seperti kejuruteraan kereta terbaik. - UTUSAN ONLINE