Perancis yang menganjurkan perlumbaan pertama pada 1908 bagaimanapun hilang daripada kalendar F1 selepas kali terakhir menjadi tuan rumah pada 2008.

Perlumbaan kali ini akan diadakan di Litar Paul Ricard di Le Castellet iaitu berhampiran Marseille.

Felipe Massa memandu buat Ferrari ketika muncul pemenang dalam perlumbaan terakhir di Perancis ketika ia diadakan di Magny-Cours sebelum kekangan kewangan memaksa kerajaan negara itu melupakan Grand Prix berkenaan.

Litar Paul Ricard yang akan menganjurkan perlumbaan pada 24 Jun, tahun depan pernah menjadi tuan rumah untuk 14 Grand Prix di antara 1971 dan 1990 ketika juara dunia empat kali dari Perancis, Alain Prost melakar beberapa kemenangan.

Sejak 2002, pemegang saham telah melaburkan 80 juta euro (RM382.24 juta) untuk membangunkan litar tersebut. - AFP