Bintang dari Finland itu mula menyertai Mercedes awal musim ini, memulakan aksi di petak ketiga berjaya meraih kemenangan tersebut selepas menyingkirkan juara empat kali, Vettel dari Ferrari dengan kelebihan 0.6 saat di depan.

Seorang lagi pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen mengekori di tempat ketiga dalam perlumbaan tersebut.

Bottas mencatat masa terpantas 1 jam, 28 minit, 08.743 saat untuk memenangi perlumbaan tersebut manakala rakan sepasukannya, Lewis Hamilton sekadar berpuas ha­ti di kedudukan keempat selepas mengalami masalah jentera.

Kemenangan pertama Bottas disambut dengan meriah oleh rakan sepasukannya di paddock termasuk Hamilton yang memeluk pemandu berusia 28 tahun itu selepas perlumbaan berakhir.

Perlumbaan tersebut disaksikan Presiden Rusia Vladimir Putin yang turut menyampaikan hadiah dan mengucapkan tahniah kepada Bottas.

“Berbaloi menunggu!” kata Bottas.

Selepas empat pusingan kejohanan tahun ini, Vettel mendahului senarai kedudukan pemandu setelah mengumpul 86 mata manakala Hamilton di tangga kedua dengan 73 mata diikuti Bottas dikedudukan ketiga (63 mata).

Sementara itu, dalam kategori pengeluar, Mercedes terus mendahului dengan mengumpul 136 mata manakala Ferrari dengan 135 mata. – AFP