Berbaki empat perlumbaan musim ini, Hamilton kini mendahului pelumba Jerman itu dengan 59 mata dan berpeluang menyambar gelaran dunia keempatnya di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) sekiranya menamatkan perlumbaan di kedudukan dua teratas.

“Dalam Inggeris, mereka berkata ia belum lagi tamat sehingga ‘gadis gempal’ menyanyi. Kami perlu memastikan dia (gadis) terbabit terus senyap sementara waktu ini,” kata Vettel kepada pemberita di hentian pit GP AS.

Vettel bermula cemerlang apabila mendahului perlumbaan sejak aksi pembukaan di Australia, Mac lalu tetapi tiga perlumbaan terakhir di Asia dan beberapa kemenangan Hamilton hampir menafikan kejuaraan kelimanya.- REUTERS