Juara dunia dua kali itu tidak menolak bersedia membuat penampilan semula walaupun sedar ia agak mustahil dengan usianya yang kini sudah mencecah 37 tahun.

Walau bagaimanapun, bos McLaren, Zak Brown yang ditemui semalam menegaskan pelumba Sepanyol itu akan menjadi pemandu pertama dipanggilnya semula jika wujud sebarang masalah.

“Tanpa teragak-agak kami sedia memanggilnya, jika kami memerlukan pemandu, dia berada dalam senarai tertinggi yang akan dihubungi. (Michael) Schumacher kembali, (Alain) Prost pun sama. Saya tidak menolaknya.

“Kami gembira dengan barisan pelumba masa depan kami dan itulah yang difokuskan kami saat ini, tetapi jangan sesekali cakap tidak kepada kemungkinan memanggilnya semula,” katanya.

Juara 2009, Jenson Button yang meninggalkan McLaren pada 2016 membuat satu kemunculan semula pada tahun berikutnya di Grand Prix Monaco sebagai pengganti ALonso yang ketika itu berlumba dalam Indianapolis 500.

Untuk musim depan, McLaren membariskan kombinasi baharu iaitu Carlos Sainz dari Renault dan pelumba muda Britain, Lando Norris dinaikkan pangkat daripada pemandu simpanan.

Bekas juara McLaren kini berkedudukan keenam dalam kategori pengeluar dengan 62 mata, yang mana 50 mata itu disumbangkan oleh Alonso, yang kali terakhir memenangi Grand Prix bersama Ferrari pada 2013. – REUTERS