Schumacher menduduki carta teratas sebagai pelumba F1 paling kompetitif selepas juara dunia tujuh kali itu keluar daripada persaraan selepas tiga tahun, bersama pasukan yang baru diasaskan Mercedes GP, yang dibeli daripada juara pengeluar musim lalu, Brawn GP.

Schumacher, 41, gembira kerana beraksi di Bahrain, di mana dia bakal berentap dengan juara dunia Jenson Button, juara dunia dua kali Fernando Alonso, juara 2008 Lewis Hamilton serta pelumba berbakat, pelumba Red Bull, Sebastian Vettel.

"Saya sukakan saingan ini. Atas sebab ini saya kembali ke F1,'' kata Schumacher.

Juara dua kali di Bahrain, Alonso dan Ferrari merupakan pasukan pilihan pra musim, selepas pelumba Sepanyol itu kembali positif setelah menyertai pasukan dari Itali itu. Felipe Massa pula kembali semula berlumba buat pertama kali selepas kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada GP Hungary pada Julai lalu.

"Ia saat paling mustahak buat kami selepas mengharungi musim yang buruk.

''Ia juga merupakan saat yang sukar buat saya selepas kemalangan tersebut. Saya memberi tumpuan, saya sudah bersedia seratus peratus.

"Ia permulaan yang segar buat saya, buat semua,'' katanya.

Massa berkata, 'reka bentuk' kereta McLaren agak pelik, namun dengan dua bekas juara dunia dalam pasukan dari Britain itu, mereka bakal menjadi antara pasukan pilihan.

Rakan sepasukan Button, Hamilton menikmati angka No. 1 yang dipasang pada keretanya.

"Ia satu tanggungjawab dan ia juga satu penghormatan. Ia sesuatu yang saya mahu saya nikmati selama yang mungkin.

''Saya tidak mahu kehilangan nombor ini dari kereta saya,'' kata Button.

Kemenangan Button di sini tahun lalu adalah kemenangan tunggal oleh pelumba bukan dari pasukan Ferrari, sejak litar tersebut dibuka pada 2004, apabila Schumacher menang perlumbaan tahun tersebut.

Schumacher mengambil alih posisi Button dalam kereta Mercedes, Silver Arrows, yang kembali ke litar selepas 55 tahun dengan diwakili dua pelumba Jerman.

Nico Rosberg juga membuat kemunculan pertama bersama Mercedes.

Pengalaman menjadi kelebihan Schumacher, apabila pengisian minyak ketika perlumbaan dilarang, bermakna krew di pit hanya perlu menukar tayar.

Selain itu, 10 pelumba teratas pada sesi kelayakan yang diadakan pada Sabtu, tidak boleh menukar tayar sebelum perlumbaan, manakala pelumba 10 ke bawah dibenarkan menukar tayar.

Pelumba Jerman, Vettel memburu kecemerlangan bersama Red Bull, selepas dia menjadi pencabar terdekat pasukan Brawn musim lalu.

"Anda tidak boleh memandang rendah pasukan lawan, namun jangkaan semakin lebih tinggi terhadap Red Bull kali ini,'' kata prinsipal pasukan, Christian Horner.

Vettel dan rakan sepasukan, Mark Webber merupakan salah satu daripada tiga pasukan yang tidak berubah barisan pelumba dalam 12 pasukan, bersama Toro Rosso dan Force India. - AP

Williams, Force India dan Sauber dijangka dijangka berada pada kedudukan mengutip mata selepas kejutan perlumbaan diubah kepada 49 pusingan berbanding 57 pusingan sebelum ini.

Sementara itu Renault, berharap dapat layak ke sesi ujian akhir dengan Robert Kubica, menjadi pemandu utama pasukan dari Perancis itu.

Tiga pasukan baru akan berada di trek, iaitu Lotus yang kembali selepas 1994, manakala Virgin Racing dan Hispania Racing juga akan membuat kemunculan sulung. - AP