Lima lagi pingat emas diraih pada hari ini, dengan dua dari sukan terjun, dan tiga dari luncur ais.

Penguasaan atlet terjun di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil diteruskan oleh pasangan Leong Mun Yee dan Traisy Vivien Anak Tukiet, dan Hanis Nazirul bersama Jellson Jabillin, yang dengan mudah meraih emas acara 10 meter Platform Seirama lelaki dan wanita.

Untuk rekod, acara terjun dikuasai sepenuhnya oleh atlet Malaysia yang menyapu bersih semua pingat emas yang dipertandingkan.

Tiga lagi emas hadir di Stadium Luncur Ais Kebangsaan (MyNISS), Empire City, apabila peluncur negara, Anja Chong meraih emas kedua peribadinya menerusi acara 1000 meter Speed Skating Wanita.

Dua lagi emas di venue yang sama hadir dari acara 3000 meter Speed Skating Berganti-ganti Lelaki dan Wanita.

              

EMAS

            
            

PERAK

            
            

GANGSA

            
            

JUMLAH

            
MALAYSIA 145 92 86 323
THAILAND 71 86 88 246
VIETNAM 58 50 60 168
SINGAPURA 57 58 73 188
INDONESIA 38 63 90 191
FILIPINA 24 33 64 121
MYANMAR 7 10 20 37
KEMBOJA 3 2 12 17
LAOS 2 3 21 26
BRUNEI 0 5 9 14
TIMOR LESTE 0 0 3 3
 
        sumber: KL2017