Ini diakui sendiri pemain Jerman berusia 21 tahun itu selepas mencatat kemenangan 6-4, 6-3 untuk muncul juara termuda kejohanan menerusi corak permainan berbeza yang dirangka Lendl berbanding ketika tumpas di peringkat kumpulan sebelum ini.

Katanya, hasil perbincangan dengan Lendl, mereka bersetuju mengubah pendekatan dan ternyata strategi juara lapan kali Grand Slam itu yang pernah membimbing Andy Murray sebelum ini membuahkan hasil dengan cukup jayanya.

“Dia (Lendl) menganalisis kekalahan saya beberapa hari lalu kepada Djokovic sebelum mencadangkan beberapa perkara yang perlu diubah. Saya lebih agresif hari ini,” kata Zverev yang akan menamatkan saingan tahun ini dengan menduduki ranking keempat dunia. - AFP