Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, program larian yang bermula pukul 7.30 pagi itu bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja sektor kerajaan dan swasta.

Saifuddin Nasution Ismail memulakan larian pada larian BizRun 2018
SAIFUDDIN Nasution Ismail (tiga dari kanan) memulakan larian pada larian BizRun 2018 SSM dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan MyFit di Padang Merbok, hari ini. Turut hadir Nurul Izzah Anwar, Jamil Salleh dan Zahrah Abdul Wahab. - UTUSAN ONLINE/SURIYA BONMA

“SSM BizRun 2018 turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records apabila mendapat penyertaan 740 syarikat dalam satu acara.

“Ia juga merupakan satu program amal di mana sebahagian kutipan yuran penyertaan akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program berkenaan.

Saifuddin Nasution Ismail bergambar bersama peserta
SAIFUDDIN Nasution Ismail (berdiri tengah) bergambar bersama peserta yang terlibat sambil memegang sijil pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) di Padang Merbok hari ini. Turut hadir Nurul Izzah Anwar, Jamil Salleh dan Zahrah Abdul Wahab. - UTUSAN ONLINE/SURIYA BONMA

Yang turut hadir Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd. Wahab. - UTUSAN ONLINE