“Saya tidak beraksi pada tahap terbaik. Dia (Chung) terlalu bagus buat saya dan saya gagal beraksi dengan baik. Ia biasa apabila tersisih dalam tempoh lama,” kata bintang Perancis itu yang turut dihimpit masalah kecederaan Achilles sehingga menyaksikannya tersisih daripada kejohanan untuk tempoh tiga minggu.

Chung, 20, kini menghuni tangga ke-78 dunia dan kemenangan ke atas Monfils adalah kejayaan terbesar sepanjang kariernya. - AFP