Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenaan berangkat bersama keluarga baginda, dan menyempurnakan upacara itu yang berlangsung di Stadium Mini Kompleks Sukan negeri di sini malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat.

Beberapa aturcara menarik melibatkan aksi kecekapan mengendalikan kuda termasuk yang berunsurkan tradisional dan persembahan kesenian dipertontonkan.

Terengganu menjadi tuan rumah bagi disiplin Endurance (kuda lasak) yang akan diadakan di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu pada 20 Ogos ini.

Sebanyak lima negara – Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja dan Brunei dengan 25 orang atlet secara keseluruhan akan menyertai acara itu dalam dua kategori iaitu individu dan berkumpulan yang menawarkan dua pingat emas.

Lebih menarik, pasukan Malaysia diwakili oleh enam atlet termasuk lima orang anak Terengganu iaitu Muhammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah, Mohd Bulkhari Rozali, Mohd Adhwa Embong dan Muhammad Faris Haikal  Mohd Hassan Sa’ari di 
samping Mohd Yusran bin Yusuf Kelantan.

Selain Endurance, sukan ekuestrian dengan penyertaaan 63 atlet di rantau ini juga melibatkan disipilin Dressage dan Show Jumping  akan berlangsung di Lembah Klang dengan setiap satu turut menawarkan dua pingat emas (berpasukan dan individu)-UTUSAN ONLINE