Pasukan negara yang dibarisi Welson Sim, Chan Jie, Keith Lim dan Foong Wei Tze mencatatkan 3 minit 22.89s bagi mendapatkan tempat dalam saingan lapan kuartet terbaik namun agak jauh ketinggalan berbanding rekod kebangsaan 3:21.79s.

China seperti dijangka terus mendominasi acara di kolam renang dengan catatan 3:17.30s untuk berada di kedudukan teratas aksi saringan.

Sementara itu, Chan Jie gagal melepasi saringan 100m kuak kupu-kupu selepas menduduki tempat ke-13 daripada 31 peserta dengan catatan 54.20s. - UTUSAN ONLINE