Kuala Langat menafikan kegarangan wakil Johor itu dengan kemenangan 42 larian; sekali gus menjuarai kumpulan dan layak bertemu juara naib johan A, Bayuemas juga dari Selangor dalam separuh akhir esok.

Bayuemas pula menang besar dengan 148 larian ke atas Kota Kinabalu dari Sabah di Bayuemas Oval manakala juara bertahan Ma­chang (Kelantan) menge­kal­kan rekod cemerlang de­ngan memenangi per­temuan keempatnya setelah mengetepikan wakil Kuala Lumpur, Bukit Petaling dengan 70 larian.

Machang akan berentap dengan Parit Jawa dalam separuh akhir dan ia bagaikan ulangan aksi babak akhir tahun lepas.

“Siapa pun lawan, Parit Jawa akan terus mara walaupun tersentak hari ini,” kata penyelarasnya, A. Salim Hussin.

Satu lagi perlawanan di Kajang Oval, Kuching tumpas kepada Pekan dengan 21 larian.