Beliau berkata, kos persediaan atlet oleh negeri untuk Sukma 2015 (tahun ganjil atau mini Sukma) di Kuala Lumpur hampir menyamai kos atlet ke Sukma yang diadakan pada tiap-tiap tahun genap yang melibatkan sukan teras negara.

"Kebanyakan Majlis Sukan Negeri memberi pandangan agar Sukma tahun ganjil tidak diadakan dan tumpuan kepada Sukma tahun genap sahaja," katanya dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) di Parlimen hari ini yang ingin tahu sebab Sukma 2015 ditangguhkan.

Selain itu, Khairy menafikan kementeriannya mempunyai sebarang kontrak dengan mana-mana pihak ketiga bagi penganjuran Sukma 2015.

Pada Februari lepas, Khairy mengumumkan bahawa Sukma edisi ke-18 pada tahun ini tidak akan dianjurkan.

Tahun depan, Sarawak akan menjadi tuan rumah Sukma ke-18.- BERNAMA