Perkara tersebut disahkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas Mesyuarat Pendaftaran Deligasi (DRM) KL2017 hari ini.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Low Beng Choo berkata, jumlah itu lebih banyak berbanding pilihan utama Asia Tenggara, Thailand yang menghantar seramai 818 atlet.

“Kami tidak mengira jumlah pegawai berbanding Thailand yang lebih ramai tambahan pula kita bertuah selaku tuan rumah mampu menggunakan khidmat sokongan dalaman dan luaran.

“Jumlah pegawai yang kita ada adalah seramai 390 sementara Thailand 447 dan pastinya mereka mempunyai jumlah pegawai yang ramai berbanding kita selaku tuan rumah namun untuk jumlah keseluruhan atlet, kita masih paling banyak,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman senarai akhir atlet dan pegawai negara selepas DRM, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Beng Choo turut memaklumkan bahawa pihaknya masih mempunyai polisi pertukaran atlet pada saat akhir sekali gus mungkin berlaku perubahan melibatkan jumlah ketika ini.

“Bermula hari ini sehingga ke hari saingan, kita masih mempunyai polisi ini.

“Kami membenarkan pertukaran atlet dalam kes-kes khas seperti kecederaan, buat masa ini hanya jumlah atlet Myanmar masih belum dimuktamadkan,” katanya.