Mereka mengatasi 12 kontinjen lain pada kejohanan yang berlangsung di Kampus Utama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka dengan pembabitan seramai 1,469 komuniti Felda.

Kontinjen Ibu Pejabat Felda muncul juara setelah unggul 48 mata secara keseluruhan, manakala Kuantan naib juara (46 mata) diikuti Terengganu ketiga (40 mata).

Ketua kontinjen Ibu Pejabat Felda, Hafiz Maaulot menyifatkan kejayaan dalam SWF kali ini merupakan hasil kerja keras para atlet serta pegawai pasukan yang membuat persiapan rapi bagi menghadapi kejohanan tersebut.

“Syukur Alhamdulillah di atas kejayaan mempertahankan takhta SWF kali ini. Bagi saya, ia adalah berkat usaha semua yang membolehkan pasukan kita untuk muncul juara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Terengganu mempertahankan ibu segala pingat, bola sepak apabila menundukkan Trolak 3-2 menerusi sepakan penalti penentuan dalam aksi final, setelah masing-masing terikat 1-1.- UTUSAN ONLINE