Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KL mampu anjur Sukan Komanwel

SUASANA Stadium Nasional Bukit Jalil ketika Malaysia menjadi tuan 2
SUASANA Stadium Nasional Bukit Jalil ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

SHAH ALAM 18 Mac – Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyambut baik jika Malaysia membuat keputusan untuk me­nganjurkan Sukan Komanwel 2022 selepas Durban dilucutkan hak tuan rumah temasya berkenaan.

Penerima anugerah Tokoh Sukan 2015 tersebut berkata, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mampu menjadi tuan rumah temasya itu memandangkan Kuala Lumpur pernah menganjurkannya pada 1998.

Sumber kewa­ngan pasti menjadi isu utama untuk dibincangkan, namun Ahmad Sarji berpendapat dengan menggunakan infrastruktur sedia ada, ia mungkin jalan terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan.

“Saya fikir itu satu cadangan yang amat baik (tuan rumah Sukan Komanwel) kerana kita dulu pernah menjadi tuan rumah pada 1998.

“Kita juga menang banyak pingat dan pada waktu itu dan saya sendiri terlibat dalam bo­ling padang yang turut me­nyumbang pingat.

“Jadi, kalau Sukan Komanwel meliputi sukan yang Malaysia mempunyai potensi menang, saya fikir itu akan menguntungkan.

“Keduanya, kebanyakan infrastruktur dan fasiliti sudah dibina jadi ini boleh me­ngurangkan kos perbelanjaan.

“Bagaimanapun ia terpulang kepada kerajaan dan saya sependapat dengan MOM,” katanya kepada pembe­rita selepas majlis pelancaran buku tahunan rasmi Jelajah Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGM) 2016, di sini hari ini.

Selasa lalu, Pre­siden MOM, Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata, Malaysia memiliki kemudahan yang bagus untuk menganjurkan Sukan Komanwel, apatah lagi venue yang diperlukan telah dinaik taraf untuk kegunaan Sukan SEA 2017.

Bagaimanapun, keputusan untuk menawar diri menggantikan Durban terletak di ta­ngan kerajaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain