Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KJ cabar kontinjen para atasi sasaran

Khairy JAMALUDDIN bersam atlet dan pegawai kontinjen negara ke
KHAIRY JAMALUDDIN bersam atlet dan pegawai kontinjen negara ke Sukan Para ASEAN melaungkan kata-kata semangat dalam pertemuan di Kuala Lumpur malam tadi.Seramai 326 atlet bersama dengan 167 pengawai pasukan bertujuan memastikan fokus mereka terhadap misi memburu kejuaraan keseluruhan Sukan Para ASEAN Ke-9 tahun 2017 di Hotel Seri Pacific malam ini.

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ‘mencabar’ kontinjen nagara ke Sukan Para ASEAN 2017 agar menamatkan temasya tersebut dengan melebihi sasaran 103 pingat emas, seperti yang dilakukan kontinjen ke Sukan SEA baru-baru ini.

Tambah Khairy, paling utama kontinjen negara harus mempertahankan kelebihan selaku tuan rumah temasya itu, yang akan bermula Ahad ini hingga 23 September.

“Kalau boleh kita cuba untuk melepasi sasaran 103 emas dalam usaha meraih pencapaian luar biasa. Kita teruskan momentum daripada Sukan SEA yang mana Malaysia meraih kejayaan cemerlang dengan 145 emas berbanding 111 sasaran.

“Ini ‘rumah kita’, jangan biar orang (pasukan lain) datang merampas hak (kemenangan) kita. Kalau kita tak dapat emas sekali pun, saya mahu anda semua buat yang terbaik. Kita tak nak kekesalan menghantui kita selepas ini.

“Kalau kita buat yang terbaik, dapat pingat (selain emas) atau memperbaiki rekod peribadi, maka kita akan rasa bangga,” kata Khairy ketika menyampaikan amanat kepada kontinjen negara ke Sukan Para ASEAN 2017, di sini hari ini.

Sebanyak 331 atlet dan 167 pegawai dalam kontinjen negara akan terlibat ketika temasya tersebut, yang mempertandingkan 368 acara menerusi 16 jenis sukan.

Khairy turut menggesa agar orang ramai meneruskan momentum sokongan yang ditunjukkan mereka ketika Sukan SEA 2017.

“Saya percaya rakyat Malaysia akan datang beramai-ramai ke lokasi pelbagai pertandingan bermula dengan upacara pembukaan Sukan Para ASEAN pada pukul 8.15 malam Ahad ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Saya tengok di media sosial, mereka sangat prihatin dengan atlet para kita. Jadi saya harap mereka dapat terjemahkannya dalam temasya itu nanti,” ujar­nya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain