Menurutnya, melalui debat itu semua rakyat termasuk ahli DAP dan bekas ahlinya dapat memahami tentang kepimpinan Kit Siang selain perjuangan parti itu.

“Sebagai bekas Ahli Parlimen DAP, saya memberi sokongan penuh dan benar-benar ingin melihat perdebatan ini menjadi kenyataan.

“Inilah tempat yang terbaik kepada Kit Siang untuk mempertahankan diri dan menyangkal dakwaan beliau merupakan pemimpin diktator,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE