EMPAT pemain Sweden memanaskan badan sebelum menjalani latihan di Samara Arena, Rusia, semalam. AFP

Tambah pemegang rekod jaringan terbanyak Sweden itu, ketika ini risiko semakin tinggi pada peringkat kalah mati dan pasukan yang mampu mengawal dengan baik situasi tersebut mempunyai lebih kelebihan.

“Sekarang bukan lagi tentang betapa bagusnya kamu. Ada pelbagai emosi pada peringkat ini kerana ia adalah suku akhir. Pasukan yang boleh mengendalikan perasaan mereka mempunyai kelebihan dalam perlawanan.

“Ya, saya rasa Sweden boleh jadi juara seperti sebelum Piala Dunia bermula. Mereka tewaskan Mexico yang kuat dan juga berjaya kalahkan Switzerland.

“Jadi mereka dan berjaya, tiada siapa sangka mereka mampu,” katanya bintang berusia 36 tahun itu yang sudah bersara daripada bola sepak antarabangsa pada Euro 2016.

Ibrahimovic telah menjaringkan 62 gol dalam 116 perlawanan bagi negaranya dan terdapat perbalahan sama ada Janne Andersson patut bawa kembali pemain itu untuk menyertai perlawanan di Rusia, tapi nampaknya skuad itu baik-baik sahaja tanpa pemain penyerang tersebut. – AGENSI