ST. PETERSBURG 11 Julai - Perancis mara ke pentas akhir Piala Dunia buat kali ketiga selepas edisi 1998 dan 2006 apabila menumpaskan Belgium 1-0 menerusi jaringan Samuel Umtiti di babak kedua, sebentar tadi.
Dalam perlawanan di Stadium St. Petersburg itu, bek tengah skuad Les Blues tersebut bijak muncuri ruang pemain tengah Belgium, Marouane Fellaini untuk menanduk masuk bola hasil sepakan sudut Antoine Griezmann pada minit ke-51.
Jaringan Umtiti itu merupakan bolos pertama Belgium menerusi sepakan sudut di Piala Dunia sejak tahun 1994 ketika menentang Jerman.
Hanya Jerman dan Itali yang paling banyak melangkah ke pentas akhir dalam kelompok Eropah dengan masing-masing lapan dan enam.- AGENSI