Ketika jurulatih Perancis itu mahu memberi ulasan, pemainnya memasuki bilik sidang akhbar yang dipenuhi wartawan dan jurufoto di Stadium Luzhniki dengan pertahanan Benjamin Mendy mengetuai sambutan apabila membuka bajunya.

Deschamps cuba menyusun kata-katanya untuk memberi ucapan mengenai kejayaan Perancis menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua - selepas dia mengetuai pasukan sewaktu memenanginya buat kali pertama pada 1998 selepas menewaskan Brazil 3-0 di Paris.

“Cerita saya berkait rapat dengan pemain. Saya diberi keistimewaan untuk merasai kegembiraan dan menikmati pengalaman sebagai pemain 20 tahun lalu di Perancis jadi kenangan itu kekal bersama saya selamanya.

“Ada dua perkara yang menjadi keutamaan - pertama, kesemua 23 pemain ini perlu bersama walau apa keadaan sekali pun dan bermula sekarang mereka sudah berbeza kerana mereka adalah juara dunia,” katanya. – AFP