Jaringan yang dilakukan pada separuh masa kedua itu, selepas rembatannya terkena pertahanan lawan Manuel Akanji, membolehkan Sweden berada dalam kalangan lapan pasukan terbaik sejak kali pertama selepas Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

“Saya cukup berbangga apabila dapat menempuh halangan bersama rakan sepasukan. Kejayaan ini membuatkan air mata saya mengalir,” ujar Forsberg.

Sweden membuat kejutan apabila mara ke Piala Dunia mengatasi Belanda dan Itali di peringkat kelayakan sebelum menamatkan persaingan Kumpulan F dengan berada di atas Mexico dan Jerman.

Sementara itu, jurulatih Sweden, Janne Andersson berkata, Forsberg telah mempamerkan peningkatan dalam perlawanan tersebut.

“Kita dapat lihat persaingan positif di dalam barisan Sweden ketika di atas padang. Walaupun Emil tidak berjaya melakukan tugasnya dalam perlawanan ini, dia sebenarnya sudah beraksi dengan baik,” katanya.

Mengulas lanjut, Andersson tidak berasa satu masalah besar buat pasukannya yang dilihat kurang kreatif.

“Kami sedar kami telah berada dalam pasukan lapan terbaik, kami mahu melakukan lebih daripada ini.

“Kami tahu bagaimana kami melaluinya untuk sampai sejauh ini. Apa yang pasukan dan negara lain menilai kami, itu anda kena tanya kepada mereka sendiri,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic mengakui sangat kecewa dengan penyingkiran pasukannya namun tetap berasa bangga dengan keupayaan dan semangat juang yang telah ditunjukkan anak-anak buahnya.

“Tahniah Sweden, mereka sudah melakukan apa yang sepatutnya dan sudah cukup untuk menundukkan kami.

“Kami sepatutnya melakukan lebih baik namun kami tidak terlalu bagus untuk memenangi perlawanan ini,” katanya. – AFP