Kapten Igor Akinfeev menyelamatkan dua sepakan penalti untuk Rusia menang 4-3 di Moscow selepas terikat 1-1 pada masa tambahan, sekali gus mara ke suku akhir sejak era Kesatuan Soviet pada 1970.

“Saya percaya ini adalah permulaan jadi saya perlu menyimpan emosi saya untuk masa seterusnya.

“Hari ini kami berada di tempat yang betul tepat pada masanya dan kami mencapai prestasi maksimum seperti yang diperlukan.

“Sekarang semua sudah berakhir dan saya kini hanya fikir untuk perlawanan seterusnya,” kata Cherchesov.

Rusia muncul pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia kali ini selepas mara ke suku akhir dengan tujuh perlawanan tanpa kalah, walaupun sekadar menduduki ranking paling rendah daripada 32 pasukan yang menyertai pusingan akhir.

Cherchesov menjadi tunjang kepada pencapaian Rusia hari ini, dengan meraih kemenangan berturut-turut ke atas Arab Saudi dan Mesir telah menyuntik semangat skuad Sbornaya untuk mengharungi kejohanan berprestij itu.

“Saya bukan pemain terbaik perlawanan. Pemain terbaik perlawanan adalah pasukan dan penyokong kami,” kata Akinfeev selepas menyelamatkan tuan rumah dengan menafikan tendangan penalti Koke dan Iago Aspas di hadapan 78,011 penonton di Stadium Luzhniki. – AGENSI