Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Khairul Hafiz terlalu pantas

Thailand akur sukar raih emas 100m Sukan SEA

Khairul HAFIZ JANTAN memegang rekod kebangsaan acara 100m dengan masa 10.18 saat dan dianggap berpot
KHAIRUL HAFIZ JANTAN memegang rekod kebangsaan acara 100m dengan masa 10.18 saat dan dianggap berpotensi untuk memenangi pingat emas dalam Sukan SEA bulan depan.

KUALA LUMPUR 17 Julai - Peningkatan dipamerkan atlet pecut negara membuatkan Thailand berasa semakin terancam malah me­reka yang merupakan antara kuasa besar dalam olahraga di Asia Tenggara juga mengakui peluang untuk menguasai acara 100 meter ter­utamanya dalam Sukan SEA 2017 (KL2017) adalah 50-50.

Pengurus pasukan olahraga Thailand bagi KL2017, Suchart Sing­haklang berkata, jaguh pecut Khairul Hafiz Jantan adalah ancaman utama Thailand dalam acara 100m sekali gus membuatkan mereka runsing dalam memikirkan siapa calon sesuai untuk mencabar atlet dari Melaka itu.

Suchart berkata, walaupun ketika ini terdapat ramai pelari pecut di Thailand namun hanya beberapa nama sahaja yang dilihat mampu memberikan cabaran dalam acara riben biru itu.

“Antara pelari yang masih menjadi sandaran dalam acara 100m dan 200m ialah Jirapong Meenapra serta beberapa atlet remaja kami.

“Saya terpaksa mengakui bahawa pelari pecut 100m Malaysia ketika ini amat pantas dan sukar untuk kami menguasai acara utama tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Kejohanan Olahraga Pra-Sukan SEA 2017 di sini, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai sasaran pingat emas olahraga Thailand dalam KL2017, Suchart memberitahu bahawa ketika ini negaranya yakin mampu memenangi 14 berbanding 17 ketika Sukan SEA 2015 di Singapura.

Tambahnya, antara acara yang mampu menyumbang pingat emas kepada Thailand adalah semua lumba lari berganti-ganti.

“Acara yang memang pasti mampu kami kuasai ialah 4x100m lelaki serta wanita dan 4x400m lelaki serta wanita.

“Dalam acara padang juga kami amat hebat dalam merejam lembing selain mampu memberikan cabaran menerusi acara melempar cakera,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain