Biarpun tidak menyata­kan secara terangan, na­mun ramai yang perca­ya gadis berkulit putih melepak itu adalah teman istimewa bintang pecut tersebut melihat kepada kata-kata yang ditulis Khairul Hafiz.

“Bila [email protected],” tu­­lis Khairul Hafiz dengan diiringi emoji hati.

Gambar itu kemudian me­ngundang komen-ko­men positif daripada pengikut Khairul Hafiz yang mendoakan agar mereka cepat ke jinjang pelamin.

“Bila tarikhnya, tak sabar nak makan nasi minyak ni.. Hehehe,” tulis pemilik akaun Zulakmar_official, yang kemudian dibalas ringkas Khairul Hafiz: “Insya-Allah”.

“Kawinlah,” tulis Pokdiey_sza pula, dan dibalas ‘Insya-Allah bang’ oleh Khairul Hafiz.

Tahun 2019 adalah musim mencabar buat Khairul Hafiz kerana dia akan turun mempertahankan gelaran Raja Pecut Asia Teng­gara yang dipegang apabila beraksi dalam Sukan SEA di Manila (30 November hingga 11 Disember).

Nama atlet kelahiran Merlimau, Melaka ini mula menjadi sebutan selepas memecah rekod 100 meter kebangsaan be­rusia 18 tahun dengan catatan 10.18 saat pada Sukan Malaysia 2016 di Sarawak.

Dia memadam rekod Wat­son Nyambek iaitu 10.30s yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 13 Julai, 1998.

Karier Khairul Hafiz semakin menyinar apabila muncul atlet Malaysia pertama dalam tempoh 14 tahun memenangi pingat emas 100m pada Sukan SEA selepas menewaskan juara bertahan, Eric Cray di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Khairul Hafiz menamatkan penantian peminat sukan tanah air untuk melihat rakyat Malaysia menjuarai acara riben biru itu selepas kali terakhir dimenangi oleh Nazmizan Muhammad pada Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam.