Sukma 2016
 

Khairul Hafiz, yang masih segar dengan kejayaan menjadi atlet Malaysia pertama muncul juara remaja Asia di Ho Chi Minh, bulan lalu, mempamer larian sempurna ketika mencatat masa 10.18 saat, sekali gus memadam rekod lama milik Watson Nyambek, 10.30s.

Genap berusia 18 tahun pada 22 Julai lalu, Khairul Hafiz, yang turut melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia di Poland, minggu lalu tidak berdepan masalah mengetepikan pelari tuan rumah, Jonathan Nyepa dan seorang lagi pelari Melaka, Badrul Hisyam Abdul Manap yang berkongsi catatan 10.36s. - UTUSAN ONLINE