Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Khairul buru rekod 200m, Latif tak bersaing

Abdul LATIF ROMLY memenangi pingat emas lompat jauh T20 Sukan
ABDUL LATIF ROMLY memenangi pingat emas lompat jauh T20 Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil dengan catatan rekod dunia dan kini berpeluang bersaing dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun depan.

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memberi jaminan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2016 bermula esok tetap akan berlangsung meriah dengan acara 200 meter (m) bakal menjadi tumpuan utama walaupun jumlah penyertaan kali ini menurun 20 peratus berbanding tahun lalu.

Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berkata jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan akan bersaing dalam acara 200m dengan misi untuk memperbaharui rekod kebangsaan di Stadium Universiti Malaya (UM) selepas memperbaharui rekod 100m berusia 18 tahun ketika Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak Julai lalu.

Katanya selain Khairul Hafiz, aksi jaguh pecut lain seperti Badrul Hisyam Abdul Manap juga bakal dinantikan kerana dia juga berupaya melakukan kejutan dalam kejohanan itu.

“Persaingan dalam kejohanan ini amat kompetitif kerana disertai atlet luar seperti dari Kuwait, Thailand serta Filipina, bagaimanapun kita masih belum tahu siapa yang bakal dihantar oleh negara-negara itu kerana mungkin ada perubahan pada saat-saat akhir.

“Saya juga difahamkan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik di Rio, Brazil dalam acara lompat jauh Abdul Latif Romly tidak akan menyertai kejohanan ini atas sebab-sebab tertentu,” katanya dalam sidang akhbar kejohanan tersebut di sini, hari ini.

Saingan pembukaan esok bakal menyaksikan acara 100m menjadi tumpuan manakala acara 200m dijadual berlangsung pada hari terakhir iaitu Ahad ini.

Sementara itu, Karim turut mengakui agak terkilan dengan jumlah penyertaan yang kurang menggalakkan kali ini terutama selepas Sukan Olimpik dan Sukma berakhir.

Katanya, ketika ini hanya 380 atlet sahaja yang mengambil bahagian termasuk dari negara luar.

“Mungkin kerana Sukan Olimpik sudah tamat maka berlaku banyak perubahan melibatkan penyertaan atlet dari luar negara, sebagai contoh sebelum ini Filipina mahu menghantar ramai atlet namun akhirnya hanya beberapa sahaja yang akan mengambil bahagian.

“Saya juga akan mengusulkan kepada Persatuan Olahraga Asia pada masa akan datang agar ahli gabungan sentiasa mengambil serius penyertaan mereka di negara-negara rantau ini.

“Malah saya juga akan cadangkan agar mana-mana negara Asia yang tidak berminat menyertai mana-mana penganjuran rakan ahli gabungan mereka agar dihalang daripada menyertai kejohanan anjuran Persekutuan Olahraga Antarabangsa,” tegasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain