Bintang muda AS berusia 22 tahun itu hanya mengambil masa sejam untuk menyingkirkan Vandeweghe, 25, yang sebelum ini melakar kemenangan sensasi 7-6 (7/4), 6-3 ke atas pemain No. 1 dunia, Karolina Pliskova dari Republik Czech pada saingan suku akhir.

Terdahulu, Stephens, 24, pula melangkah ke perlawanan akhir Grand Slam buat kali pertama selepas menumpaskan bintang veteran AS, Venus Williams dalam pertarungan sengit 6-1, 0-6, 7-5.

Ini adalah kemenangan yang cukup sensasi buat Stephens, yang terpaksa mendaki hampir 900 anak tangga dalam ranking dunia bulan lalu selepas menjalani pembedahan kaki.

“Maddy (Keys) mungkin antara rakan paling rapat saya dalam jelajah tenis dan saya sayangkan dia sampai mati,” ujar Stephens, sejurus selepas mengalahkan Williams, 37, pemilik tujuh gelaran Grand Slam. - AGENSI