Mat terkejut apabila rakan sekerja beritahu perlumbaan tahun ini agak kelam-kabut.

Bukan sahaja perancangannya lemah tetapi bajet pun dikatakan tidak cukup.

Apabila ini berlaku, timbul pelbagai masalah yang tidak diduga seperti kelewatan, kecu­aian dan sebagainya.

Apa pun Mat tabik dengan pengendali LTdL kerana walaupun timbul pelbagai masalah, mereka mengakui dan ber­usaha keras mengatasinya.

Bukan macam Sekretariat Sukan SEA yang tidak mahu mengaku kelemahan kerana lewat menyiapkan buku teknikal temasya itu sehingga meng­ugut hendak saman akhbar yang menulisnya.

Akhirnya mereka mengakui juga beberapa hari lalu tidak boleh siapkan ikut jadual yang ditetapkan. Inilah manusia tidak boleh lari daripada kelemahan sendiri.

Berbalik kepada cerita LTdL, Mat harap masalah yang dihadapi tidaklah sampai peringkat pertama yang dijadualkan berlangsung hari ini dibatalkan. Ia membabitkan soal imej dan nama baik perlumbaan itu.

Maka ketepikan ego dan hormati pihak yang lebih arif se­perti Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia.

Jika kita hormat orang yang lebih arif, bila ada masalah mereka sedia menghulurkan bantuan tanpa diminta. Ini tidak. Undangan pun tiada langsung. Maka belajarlah daripada kesilapan.