Keris bermula baik pada babak pertama apabila memperolehi dua try menerusi flanker, Peniasi Senikarakia dan fullback, Mohd. Fared Yahya disusuli satu conversion dan penalti yang disempurnakan Mohd. Fairuz Abdul Rahman. Eagles pula sekadar melakukan satu try menerusi fullback, Mohd. Fikri Sawi.

Pada babak kedua, Eagkes yang berpangkalan di Sandakan cuba merapatkan kedudukan apabila melakukan satu try menerusi pemain sayap, Eric Durim dan satu conversion oleh flyhalf, William Douglas namun gagal menyekat kemenangan Conlay yang kental bertahan hingga wisel penamat ditiupkan.

Jurulatih Conlay yang turut membantu pasukan itu muncul juara Liga Premier, Mohd. Farid Syazwan berkata, perlawanan hari ini cukup sengit dan anak-anak buahnya mati-matian untuk meraih kejuaraan.

“Perlawanan akhir hari ini cukup sengit dan kita telah menjangkakan Eagles akan memberi tentangan sengit dan kami pula turun tanpa beberapa pemain yang mengalami kecederaan. Namun, saya meyakinkan pemain mereka mampu bertahan dengan baik dan kekal fokus sepanjang permainan.

“Pada babak pertama, saya beritahu pemain agar memanfaatkan setiap peluang untuk mengutip seberapa banyak mata. Strategi separuh masa kedua pula adalah cuba bertahan dan mereka melakukannya dengan baik,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Selaku juara, Keris Conlay membawa pulang RM 12,000 berserta trofi dan pingat manakala Eagles menerima RM 6,000. - UTUSAN ONLINE