Jaguh Jerman itu muncul pemain wanita utama pertama terkeluar pada pusingan pembukaan Terbuka Perancis sejak 1968 selepas tumbang 2-6, 2-6.

Kerber, 29, bergelut dengan prestasi sepanjang tahun ini dan terpaksa menarik diri daripada Terbuka Madrid, awal bulan ini akibat kecederaan paha, sebelum kalah straight- set kepada pemain dari pusingan kelayakan, Anna Kontavet di Rom, dua minggu lalu.

Bagaimanapun kekalahan hari ini memberi tamparan hebat buat juara Terbuka Australia dan Amerika Syarikat (AS) 2016 itu.

“Saya perlukan lebih banyak perlawanan. Saya perlukan perlawanan yang boleh mengembalikan perasaan dan permainan sebenar saya. Saya perlukan semua itu untuk kembali memenangi kejohanan,” kata Kerber sejurus selepas kekalahan.

Bagi Makarova, ini adalah kemenangan keempatnya daripada 11 pertemuan dengan Kerber, malah dia membuat penampilan pertama dalam acara perseorangan di gelanggang Philippe Chatrier. - AGENSI