Kembali ke Melbourne Park buat kali pertama dua tahun selepas digantung akibat doping, bintang tenis Rusia yang juga juara 2008 itu nyata tidak mampu menyaingi Kerber, juara 2016 yang menunjukkan permainan baik dan hanya memerlukan 64 minit untuk menang.

“Gelanggang ini sangat istimewa buat saya, jadi saya datang ke sini untuk menikmati setiap mata yang dikutip. Dengan sokongan anda semua, ia menjadikan semuanya lebih istimewa.

“Sebelum perlawanan lagi saya tahu pertarungan pasti sukar, jadi saya sedaya upaya cuba bermain mengikut corak permainan sendiri. Saya gembira kerana kita kini berada pada tahun 2018 dan bukan 2017.

“Banyak yang saya pelajari dalam tempoh 24 bulan terakhir. Saya mengharungi musim yang baik pada 2016 tetapi agak bergelut pada 2017. Namun, semua orang tahu saya tidak akan berputus asa,” kata Kerber kepada penonton sejurus tamat perlawanan.

Kali terakhir Sharapova, 30, menewaskan Kerber,30, adalah dalam kejohanan Stuttgart 2013, namun dua pertemuan mereka selepas itu iaitu pada Wimbledon 2014 serta Stuttgart 2015 dimenangi oleh Kerber. - AGENSI