Kekalahan Kerber di pusingan keempat merupakan yang terburuk buat dirinya yang pernah menjadi naib juara Wimbledon tahun lalu.

Keputusan itu juga menyaksikan dia gagal melangkah ke aksi suku akhir dalam semua tigha kejohanan utama musim ini.

Kedudukan Kerber selaku pemain No. 1 dunia akan digantikan sama ada Karolina Pliskova atau Simona Halep.

Muruguza yang merupakan finalis 2015 akan berdepan cabaran Svetlana Kuznetsova dalam aksi suku akhir selepas pilihan ketujuh itu menundukkan Agnieszka Radwanska 6-2, 6-4.

Sementara itu, juara Wimbledon lima kali, Venus Williams yang juga pemain tertua kejohanan berjaya melangkah ke aksi suku akhir pada usia 37 tahun selepas menundukkan pemain berusia 19 tahun, Ana Konjuh 6-3, 6-2.

Willams yang kali terakhir menjuarai Wimbledon pada 2008 di All England Club akan berdepan cabaran juara Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko.

Pemain Latvia berusia 20 tahun yang menjulang trofi kejuaraan utama pertamanya di Roland Garros bulan lalu melangkah ke suku akhir selepas menundukkan Elina Svitolina 6-3, 7-6 (6).– AFP