Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kejayaan yang membolehkan Jun Hoong bergelar juara dunia itu membuktikan kebolehan anak Perak itu di peringkat antarabangsa selepas menempa kejayaan di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat Perak, kita turut berasa bangga kerana apa yang dicapai oleh Jun Hoong ini adalah kejuaraan dunia setelah dia sebelum ini telah mendapat pengiktirafan di Sukan Olimpik.

“Menerusi kemenangan ini, sudah tentu ia akan menjadi perangsang untuk Jun Hoong terus mengharumkan nama negara di persada dunia,” katanya.

Beliau temui selepas merasmikan Karnival Mahabbah Eidul Fitri bersama institusi agama Islam Perak dan warga Felda di Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan, Felda Besout 3, Sungkai dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE