Bukan cemburu dek kecaktikan yang akan menjadi tarikan penonton, sebaliknya mereka mempersoalkan kewajaran memberikan tiket wildcard kepada bintang Rusia itu untuk bertanding dalam kejohanan kompetitif.

Juara Grand Slam lima kali itu menyertai GP Stuttgart menerusi tiket wildcard sebelum tewas kepada Kristina Mlade­novic dari Perancis di separuh akhir.

Sebelum perlawanan aksi pembukaan lagi, Sharapova menerima sambutan kurang membe­rang­sang­­kan da­ripa­da 4,500 pe­­non­ton, yang sekadar memberikan tepukan sebagai tan­da hormat dan segelintir peminat kelihatan bersiul sewaktu dia memasuki arena yang menyaksikan tiket habis dijual.

Bekas pemain No. 1 dunia itu kelihatan tidak takut berdepan dengan penerimaan orang ramai, walaupun penyertaannya menerusi tiket wildcard pada pertandi­ngan tersebut mencetuskan perdebatan pelbagai pihak.

“Perkara sebegini tidak seharusnya menjadi fokus anda setelah berbulan-bulan anda berlatih. Apa yang perlu ada di dalam fikiran ialah bersedia untuk beraksi sebaik sahaja anda memasuki gelanggang,” kata Sharapova.

Bukan di GP Stuttgart sahaja, dia turut mendapat tempat untuk beraksi di Terbuka Madrid dan Terbuka Rom, yang kedua-duanya akan bermula bulan ini, menerusi tiket wildcard.

Malah, ejen Sharapova, Max Eisenbud baru-baru ini mendedahkan terdapat pencabar lain berasa cemburu selepas mengetahui pemain itu berkemungkinan besar akan mendapat tiket wildcard untuk beraksi dalam kejohanan utama Terbuka Perancis penghujung Mei ini.

Bagaimanapun keputusan sama ada dia dapat beraksi atas tiket wildcard dalam Terbuka Perancis hanya akan diketahui pada 15 Mei.

Antara pemain profesional yang bengang dengan ‘layanan istimewa’ daripada penganjur kejohanan terhadap Sharapova adalah Agnieszka Radwanska dari Poland dan Caroline Wozniacki (Denmark), Alize Cornet (Perancis)

Radwanska berkata, bintang berusia 30 itu sepatutnya bermula dari bawah semula sebelum boleh menyertai kejohanan elit, memandangkan dia telah terkeluar daripada ranking ekoran menjalani pergantungan tersebut.

“Kalau dia pemain yang me­ngalami kecederaan, sakit atau terlalu memilih kejohanan, tidak apa diberi wildcard tetapi bukan yang digantung akibat doping. Dia perlu kembali bermula de­ngan kejohanan kecil dahulu,” katanya.

Sementara itu, naib juara GP Stuttgart, Mladenovic mendakwa bintang Russia itu mendapat ‘bantuan tambahan’ dalam kemunculan semulanya di pentas kompetititf.

“Dalam sukan masa kini, ia turut membabitkan media dan perniagaan. Maria adalah nama besar. 
–AGENSI