Ini termasuk kejayaannya ke atas Roger Federer di separuh akhir sekaligus muncul sebagai pemain keempat yang berjaya mencipta pencapaian hebat ke atas dua pemain terbaik dunia itu dalam satu kejohanan yang sama.

Anak muda berusia 21 tahun tersebut juga mencatat sejarah muncul selaku pemain termuda menjuarai Final ATP, mengikut jejak langkah Djokovic, 10 tahun lalu, selain, menjadi pemain Jerman pertama selepas Boris Becker yang pernah berbuat demikian pada 1995.

“Jelas ia agak mengagumkan dapat meraih gelaran juara di sini. Lebih-lebih lawan yang saya kalahkan pula dua pemain hebat seperti Roger dan Novak satu demi satu di separuh akhir dan aksi final. Ia memang cukup bermakna.

“Saya benar-benar gembira dan bangga,” katanya mengulangi mengulangi pencapaian Rafael Nadal yang pernah menewaskan dua pemain hebat tersebut dalam satu kejohanan sebanyak tiga kali, selain Andy Murray serta David Nalbandian yang melakukannya sekali.

Djokovic pada aksi peringkat kumpulan beberapa hari lalu telah menewaskan Zverev 6-4, 6-1, tetapi, pemain muda Jerman itu mempamerkan permainan berbeza dalam aksi final yang berjaya memperdayakan lawannya dari Serbia itu.

Maka, tidak hairanlah Zverev pantas memberi kredit kepada jurulatihnya yang juga pemenang lapan kali Grand Slam, Ivan Lendl yang dianggap perancang utama di sebalik kejayaannya hari ini.

“Dia (Lendl) buat analisis untuk saya berdasarkan kekalahan di peringkat kumpulan, Rabu lalu, kemudian beri tips apa yang saya perlu lakukan untuk tampil berbeza. Hari ini, saya bermain dengan lebih agresif,” katanya yang menutup tirai 2018 dengan berada di ranking keempat dunia. – Reuters