Sebaliknya, McGregor dari Ireland digantung selama sebulan oleh UFC (Ultimate Fighting Championship) kerana gagal dalam pemeriksaan perubatan selepas kalah kepada Nurmagomedov di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat Sabtu lalu.

McGregor mengangkat bendera putih dalam pusingan keempat perlawanan, dan sebaik sahaja pengadil memberhentikan perlawanan, Khabib melompat keluar dari gelanggang berpagar untuk menyerang rakan berlatih McGregor, Dillon Danis.

Presiden UFC, Dana White melalui rakaman video dalam laman web UFC berkata, gelaran yang dipegang oleh jaguh Rusia itu tidak akan dilucutkan, namun berkata sebarang tindakan yang bakal diambil ekoran kekecohan itu hanya akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Atlet Nevada (NAC).

Ini bermakna wang hadiah seba­nyak AS$2 juta dolar (RM8.3 juta) untuk Nurmagomedov masih ditahan sehinggalah NAC membuat keputusan.

Tidak berpuas hati dengan ke­pu­tusan kemenangan lawannya di­ke­kal­kan, McGregor yang berang telah menuntut diadakan perlawanan u­la­ngan, namun UFC membuat keputusan untuk menggantungnya hingga 6 November atas sebab perubatan.

Nurmagomedov pula terlepas da­­­ripada penggantungan selepas lulus dalam ujian perubatan.

Laporan perubatan Nurmagome­dov dan McGregor telah dikeluarkan oleh NAC semalam.

“Inilah realiti, ini sukan yang pa­ling perlu mendapat kawalan ketat di seluruh dunia.

“Sekiranya mengalami kecedera­an di kepala, mereka boleh digantung perlawanan selama tiga bulan. Conor dilarang beraksi untuk tempoh tiga bulan oleh doktor yang merawatnya dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan hingga men­­­dapat kebenaran daripada dok­­­­tor berkenaan,” kata White.

Kebiasaannya petinju digantung oleh UFC berdasarkan pemeriksa­an perubatan oleh doktor mereka sen­diri selepas tamat perlawanan.

Penggantungan tersebut ada ka­lanya mengambil tempoh masa lama sebagai langkah berjaga-jaga sebelum mereka di­benarkan kembali ke gelanggang pertarungan. – AGENSI