Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terengganu 2017 berlangsung hari ini

Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terengganu 2017 berlangsung hari ini
TERENGGANU meraih emas katgori bawah 17 bawah 48 kg wanita clean & jerk. - UTUSAN ONLINE

KUALA TERENGGANU 18 Mac - Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terengganu 2017 selama tiga hari berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak di sini mulai hari ini.

Pertandingan sempena Tahun Melawat Terengganu itu memberi pendedahan dan mempersiapkan para atlet dalam menghadapi pertandingan sebenar sebelum Sukan SEA 2017 dan Sukan Malaysia (SUKMA).

Perasmian kejohanan anjuran Persatuan Bina Badan & Angkat Berat Terengganu bersama Majlis Sukan Negeri itu disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Zainal Abidin Hussin.

Seramai 175 atlet lelaki dan wanita beraksi, mewakili 14 pasukan dari 12 negeri dan 2 pertubuhan iaitu Majlis Sukan Negara dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sebanyak 2 kategori dipertandingkan iaitu Bawah 17 tahun dan Terbuka bagi Lelaki dan Wanita dengan 62 emas dan dua piala kejuaraan menjadi rebutan.

Terengganu mempertaruhkan 19 atlet untuk kategori Bawah 17 dan 14 atlet bagi kategori Terbuka dengan sasaran memenangi 19 emas, 18 perak dan 8 gangsa .- UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain