“Saya mencuba sedaya upaya untuk bersedia bertanding minggu ini tapi bahu kanan terus mencetus masalah.

“Saya akan berjumpa doktor pasukan dalam beberapa hari lagi untuk menilai situasi dan tidak sabar untuk turun bertanding secepat mungkin,” katanya menjelaskan mengenai keputusan berkenaan.

Pemain dari Rusia berusia 31 tahun itu bergelut untuk kembali cergas sejak berehat ketika menjalani penggantungan 15 bulan kerana terbabit dengan isu doping yang berakhir pada 2017.

Pemenang lima gelaran utama itu menewaskan Daria Gavrilova dari Australia 6-0, 6-4 pada penampilan sulungnya di kejohanan itu namun terpaksa menarik diri susulan kecederaan bahu.

“Saya sudah bekerja keras selama berbulan-bulan untuk memulihkan keadaan bahu tetapi tidak berjaya. Masih banyak perkara yang perlu dilakukan,” ujarnya. -AFP