Karnival tiga hari yang berakhir semalam itu berlangsung di padang ragbi Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak.

Yang Dipertuanya, Amir Amri Mohamad berkata, langkah awal itu mendapat kerjasama positif dalam kalangan semua tujuh pasukan bertanding walaupun ada segelintir daripadanya yang tidak berpakaian seperti ditetapkan pada hari pertama kejohanan namun kelonggaran masih diberikan.

Katanya, kesemua para pemain dan pegawai pasukan sama ada lelaki mahupun perempuan wajib berpakaian menutup aurat dalam semua acara anjuran pihak persatuan sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

“Atlet yang tidak menutup aurat tidak dibenarkan bermain dalam padang dan setiap daripada mereka dinasihatkan agar mengikut syarat yang diputuskan oleh PRNT.

“Bagi yang terpilih mewakili Terengganu mahu pun mewakili pasukan kebangsaan, kita mohon dan wajibkan mereka menutup aurat,” katanya kepada pemberita di padang ragbi Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak di sini semalam. - UTUSAN ONLINE