Seramai 400 peserta lelaki dan wanita termasuk dari 26 negara beraksi dalam kejohanan tahunan edisi ke-18 dalam suasana lebih meriah sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000 ditawarkan.

Dalam kejohanan renang sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke tanah besar itu, kategori lelaki 12 -29 tahun dikuasai oleh perenang Malaysia, Estino Taniyu dengan catatan masa 1 jam 51 minit dan 51 saat, diikuti Hamizan Aiman Hamid dan Chua Chia Chun.

Bagi kategori lelaki 30-46 tahun, peserta dari United Kingdom, Andrew Tebbutt muncul sebagai juara (1:39.20) manakala peserta dari Malaysia, Alvin Tam Fei Hung dan Sam Ng di tempat kedua dan ketiga.

Dean Hancock dari Australia yang mencatat masa 1:34.10 muncul sebagai juara kategori lelaki 47 tahun ke atas, disusuli

Tsuyoshi Sawada (Jepun) dan Stephen Jestico (Australia).

Tertutup Terengganu dikuasai oleh Hamizan Aiman Hamid (1:57.12) , Chua Chin Chun dan Chua Chia Kiat.

Peserta dari Malaysia, Yeong Zhen Yi (1:40.23) menjuarai kategori kategori wanita 12-34 tahun manakala Nur Iman Nabillah Mohamad Noor Azlan di tempat kedua dan Toh Loo Ee (ketiga).

Bagi wanita 35 tahun ke atas pula, Alexandra Evans dari Australia berada di tempat teratas dengan masa 1:48.10, dikuti

Jessi Wong (Malaysia) dan Melanie Ho (Singapura).

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A Latiff Awang. - UTUSAN ONLINE