Ting Ing Hock

Dalam saingan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu, Chaoming, 20, dan Ing Hock, 52, meraih emas setelah memungut enam mata dalam saingan yang menggunakan format round robin.

Pengurus skuad ping pong negara, Shamsul Azhar Md. Yusof berkata, dia berpuas hati dengan gandingan tersebut yang berjaya menyumbangkan satu daripada dua emas yang disasarkan dalam temasya kali ini.

“Saya rasa syukur dan sangat gembira dengan kejayaan mereka dapat menyumbangkan emas pertama dalam ping pong. Gandingan junior dan senior tampak berhasil.

Chee ChaoMing
Chee ChaoMing

“Saya harap menerusi kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada skuad ping pong negara untuk bermain dengan lebih baik.

“Ing Hock boleh dianggap sebagai wira apabila menghidupkan peluang dengan menyamakan kedudukan 2-2, sebelum Chaoming melengkapkan kemenangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Malaysia menang 3-2 ke atas pasangan Indonesia, Abdul Malik Abdullah-Supriyatna Gumilar yang meraih perak manakala gangsa milik beregu Filipina, Pablo Borja Catalan Jr.-Benedicto Hernandez Gaela.