Jironi mengaut emas 800 dan 1,500 meter dalam persaingan sengit olahraga sedangkan pe­nerjun negara sudah diakui tiada tandingannya di rantau Asia Tenggara apatah lagi dengan jurang mata Tze Liang berbanding pemenang perak.

Tze Liang menjuarai 3m papan anjal, 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama (bersama Muhammad Nazreen Abdullah).

Mengulangi pencapaian emas berganda itu seperti Batumalai Rajkumar dalam Sukan SEA Singapura 1983, Jironi mencatat satu minit, 50.98 saat selain berkongsi emas dengan Dong Van Thai dari Vietnam (3:58.02s).

Guru Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor ini pulang dengan tangan kosong dari Korat pada 2007 dan Indonesia empat tahun kemudian 2011 tetapi meraih sebutir perak di Laos pada 2009.

Namun jasa penerjun dan pere­nang tetap berharga selain Tze Liang iaitu menerusi dua emas (Nazreen, Cheong Jun Hoong dan perenang 100 dan 200m kuak dada, Christina Loh, Daniel Bego (emas 400m gaya bebas) dan Khoo Cai Lin (800m gaya bebas).

Lim Chee Wei dan Nisha Alagasan pula an­tara yang menjulang karate sebagai pemungut tujuh emas di samping Sulaiman Muda dengan dua emas ekuestrian serta pemanah dua emas Khairul Anuar Mohammad.

Ketua kontinjen negara, Datuk Wira Amiruddin Embi turut mengagumi pencapai­an luar biasa atlet muay Faizal Ramli yang me­ngalahkan Aung Myint Win (Myanmar) 2-1 dalam kategori 75 kilogram dan Lokman Akimi Mat Roji (51kg) untuk Malaysia mengutip dua emas.

Beregu wanita Vivian Hoo-Woon Khe Wei pula mengulangi emas 2009 oleh Wong Pei Tty-Chin Eei Hui setelah menundukkan pilihan utama dari Indonesia, Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii 21-17, 18-21, 21-17 selain pilihan kedua dari Singapura dalam separuh akhir.

Lain-lain penyumbang emas negara ialah wusyu (tiga), hoki lelaki dan wanita, pelayaran serta silat (dua) serta masing-masing satu daripada biliard-snuker dan bina badan.