Ketika Jerman menamatkan saingan di tempat ketiga, Itali pula tersingkir dari kejohanan itu selepas gagal melepasi peringkat kumpulan dan pasukan tuan rumah sekarang ini berpeluang untuk membalas dendam berikutan kekalahan pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2006 kepada Itali.

Azzuri masih lagi dalam proses pembinaan semula dengan penjaga gol veteran, Gialuigi Buffon telah dipanggil beraksi selepas tidak sampai sebulan dia baru sembuh dari kecederaan.

Buffon tidak beraksi untuk negaranya sejak mengalami kecederaan belakang yang memaksanya menarik diri dari skuad Itali selepas perlawanan pertama Piala Dunia tahun lepas. Bagaimanapun, dia dipanggil segera untuk membarisi skuad bimbingan Cesare Prandelli.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah di Dortmund pada Piala Dunia 2006 apabila Itali mencatat kemenangan 2-0 .

Banyak perubahan berlaku sejak Joachim Loew membawa masuk pemain bertenaga seperti Mesut Ozil dan Thomas Muelleri bagi menambah sengat di bahagian serangan Jerman.

Kecederaan penyerang Bayern Munich, Mario Gomez menyaksikan pemain veteran, Miroslav Klose bakal mengetuai bahagian serangan, selepas 105 kali beraksi untuk pasukan negaranya itu. - AFP